Setiap pagi, mulakan hari kita dengan menulis:
- 3 perkara yang kita syukuri.
Contoh :
1. Aku bersyukur atas kesihatan yang terbaik Allah beri hari ini.
2. Aku bersyukur Allah beri aku nafas lagi hari ini.
3. Aku bersyukur Allah beri aku peluang untuk mencari rezeki hari ini.
Kemudian tulis pula, 3 perkara yang kita excited dan dah niatkan apa nak buat hari ini. Boleh check jadual hari ini.
Contoh :
1. Aku excited nak belikan 10 bungkus nasi lemak untuk kawan office aku.
2. Aku excited nak solat subuh di masjid.
3. Aku excited nak jogging 30 minit sebelum pergi kerja.
Terakhir, tulis 3 perkara yang kita nak perjuangkan hari ini:
Contoh :
1. Aku nak berjuang untuk mencari rezeki keluarga.
2. Aku nak berjuang untuk buat kerja sungguh-sungguh dan beri yang terbaik.
3. Aku nak berjuang supaya keluarga aku bebas hutang dan hidup selesa selepas ini.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Menulis 3 hal ini di waktu pagi akan mengubah kebersediaan kita untuk menghadapi hari. Fikiran kita lebih teguh, jiwa kita lebih besar dan Inn shaa Allah, rezeki boleh datang dalam arah yang tak kita sangka-sangka.
Yang penting kita istiqamah untuk menulis 3 perkara ini setiap pagi. Kita pasti akan jadi orang yang berbeza!
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Hebat pagi kita, hebatlah hari kita.