PSV WELLNESS CHALLENGE
MISI BMI SIHAT
MISI BMI SIHAT
PSV WELLNESS CHALLENGE: MISI BMI SIHAT
PSV WELLNESS CHALLENGE: MISI BMI SIHAT
1. PENGENALAN PROGRAM Polygon Synergy Ventures (PSV) komited untuk memastikan kesejahteraan holistik kakitangan. Melalui program ini, "PSV Wellness Challenge: Misi BMI Sihat", syarikat mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan gaya hidup sihat di tempat kerja dengan fokus kepada penilaian dan kawalan Indeks Jisim Badan (BMI).
2. OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan kesedaran staf terhadap kepentingan BMI sihat.
Menggalakkan pengamalan gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang.
Memantau BMI staf secara berkala dan menyediakan sokongan untuk peningkatan kesihatan.
Memberi pengiktirafan kepada staf yang mencapai atau mengekalkan BMI ideal.
3. SASARAN PENYERTAAN
Semua kakitangan tetap dan kontrak di PSV.
Penglibatan adalah WAJIB sebagai sebahagian daripada inisiatif HR tahunan.
4. TEMPOH PROGRAM
Pelancaran: 01 Mei 2025
Tempoh Pemantauan: Mei – Disember 2025 (Suku Tahunan)
Penilaian BMI: Mei, Jun, Julai, Ogos, September, October, November & December 2025
6. KAEDAH PENILAIAN
Pengiraan BMI menggunakan formula: Berat (kg) / (Tinggi (m) x Tinggi (m))
Penilaian dibuat secara sulit oleh Unit HR.
Data direkod dalam fail HR Wellness Tracker (SharePoint).
7. INSENTIF DAN PENGIKTIRAFAN
Sijil "BMI Cemerlang" untuk peserta dengan status Ideal 3 kali berturut-turut.
Hadiah misteri untuk staf paling konsisten dalam penurunan BMI.
Unit/departmen terbaik (jumlah skor tertinggi secara purata).
8. SOKONGAN YANG DISEDIAKAN
Bengkel Pemakanan Sihat (Jun 2025)
Sesi Senaman Mingguan (Setiap Khamis, 5.30 petang)
Konsultasi individu dengan pegawai kesihatan berdaftar (atas permintaan)
9. PENUTUP
Program ini bukan sahaja bertujuan mencapai KPI kesihatan, tetapi juga untuk menyemai budaya sihat dan produktif di PSV. Semua staf diharap memberikan kerjasama sepenuhnya dan menjadikan ini sebagai satu permulaan ke arah gaya hidup lebih sihat.
"BMI Sihat, Hidup Hebat!"